FOR A CLEAN, PROGRESSIVE & CARING SELANGOR

TOGETHER WE CAN DO IT .....

Tuesday, July 29, 2008

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR



Semalam, Sabtu 26 Julai, telah diadakan program makan durian bersama ADUN Chempaka sempena kempen kesedaran alam sekitar di kawasan pangspuri Taman Dagang Fasa 3.

Dua lori durian telah disediakan untuk penduduk tempatan tetapi yang datang dari seluruh DUN Chempaka. Dari pelbagai bangsa, tidak siapa yang akan menolak durian percuma. (Foto-foto akan disiarkan di masa akan datang - kabel kamera tak jumpa lagi!)

Durian hanyalah tarikan, yang penting kempen kesedaran alam sekitar. Amat sesuai bagi kawasan yang dibelenggu dengan masalah tikus! Kita boleh adakan gotong-royong tetapi jika mentaliti dan sikap penduduk tidak berubah maka keadaan akan kembali seperti sebelumnya.

Membuang sampah di dalam longkang, sampah tidak diletakkan di dalam plastik sampah tetapi dibuang sesuka hati dan kalau dibungkus di dalam plastik tetapi tidak diletakkan di dalam tong di rumah sampah boleh menggalakkan pembiakan tikus.

Penyelesaiannya adalah di tangan penduduk bukan majlis perbandaran atau pihak-pihak lain!
Seperkara lagi yang disentuh hari itu adalah gesaan supaya mengurangkan penggunaan plastik.
Penduduk digesa supaya membawa beg sendiri apabila pergi membeli-belah, jangan mengambil beg plastik yang diberikan oleh pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai runcit. Kalau sekadar satu atau dua barang sahaja, tidak perlulah mengambil beg plastik, pegang dengan tangan sahaja!

Di antara sebabnya adalah plastik tidak akan musnah dan akan terus wujud untuk beratus-ratus tahun. Contohnya beg plastik yang dibuang ke dalam longkang tidak akan hancur seperti kertas atau kain. Ia menyekat perjalanan longkang. Sampah-sarap akan berkumpul dan akhirnya menjadi tempat pembiakan tikus atau makhluk-makhluk perosak lain.

Plastik yang dibakar juga akan mengeluarkan gas-gas yang boleh mengancam kesihatan.

Saya tidak tahu sama ada penduduk di DUN Chempaka sudah cukup bersedia dengan kempen-kempen seperti ini. Saya melihat Chempaka sebagai kawasan di pinggir bandaraya dan penduduknya terdedah kepada perkembangan-perkembangan dunia maka mereka sepatutnya lebih bersedia menerima kempen-kempen seperti dari kebanyakan kawasan-kawasan DUN di luar bandar. Tetapi adakah kita secara fizikal sahaja berada di pinggir bandaraya, beberapa minit dari KLCC tetapi masih berfikiran seperti penduduk negara-negara di dunia ketiga.

Dulu saya pernah mencari cybercafe di Pandan Indah yang boleh mencetak, yang ada “printer”, tetapi tidak banyak yang ada. Mungkin kerana komputer-komputer di sana hanya digunakan untuk bermain "game" atau "chatting" sahaja.

Kalau kita duduk di kedai-kedai mamak atau warung-warung tomyam, siaran Astro yang selalu ditonton adalah siaran sukan, hiburan atau filem-filem yang banyak tembak-tembak atau lawan-lawan atau peluk-peluk. Jarang yang hendak menonton saluran 555 (History Channel) atau saluran-saluran seperti. Kalau tiba-tiba berita disiarkan, cepat-cepat akan ditukarkan.

Berbalik kepada kempen alam sekitar, adakah ia memberi kesan? Adakah kita akan menjadi seperti negara-negara Eropah di mana ada yang mengharamkan penggunaan beg palstik? Adakah isu ini terlalu remeh? Bila agaknya PAS hendak menghantar memorandum tentang isu-isu alam sekitar yang juga boleh mengancam masa depan ummah? Bilakah PAS akan menghasilkan pakar-pakar alam sekitar?

Adakah isu ini terlalu remeh bagi kita? Atau kita belum lagi maju dari segi sikap dan pemikiran walaupun apa yang didakwa oleh Khir Toyo.

27 Julai 2008

3 comments:

Anonymous said...

Great blog! The information and pictures you provided were OUTSTANDING!!!!

Free Advertising Search Engine and Directory
View Quality, Traffic, Popularity and Reach as you browse or search in real-time!

aqishmia said...

Kalau setakat makan durian dan tak buat kerja utk kesedaran alam sekitar baik tak payah.Jgn byk bercakap dari buat kerja...Jgn amik gmbr org yang sama..pada hal tiada sambutan dari penduduk.Saya bukan komen kerana bukan penyokong..saya adalah penyokong Pakatan rakyat..tetapi saya dah mula muak dgn reaksi adunnya mahupun ahlinya....ckp tak serupa bikin..sekarangnya semua aksi..sama mcm BN...porahhhhhh...baik perbetulkan dgn segera..takut sepenggal je..mencium bau cempaka!!!!!!!

PAS Kawasan Pandan said...

assalamualaikum saudara aqishima,
terima kasih atas prihatinan saudara.
utk pengetahuan saudara sambutan bagi prog ini amat mengalakkan menglingkupi semua kaum india,cina dan melayu..
durian yg kita order terpaksa ditambah lagi kerana kedatangan org ramai yg diluar jangkaan...alhamdulilah.
aqis,
gambar tu hanya difokus kan pd meja YB je..thru my phone..jamuan penduduk di sebelah kanan tu pasal tak nampak..
jgn la disebabkan gambar tak ada ..sauadara terus katakna tiada sambutan.
buleh saya tahu ..saudara ni penduduk sebelah mana..

-i'm not YB iskandar