FOR A CLEAN, PROGRESSIVE & CARING SELANGOR

TOGETHER WE CAN DO IT .....

Tuesday, October 14, 2008

CADANGAN ALTERNATIF PROJEK BUKIT BOTAK DITERIMA

Kerajaan Negeri Selangor telah menerima satu cadangan bagi menyelamatkan projek Bukit Botak di Selayang.

Sebelum ini Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor atau PKNS telah membuat keputusan untuk memberhentikan projek tersebut yang mereka ambil alih dari sebuah syarikat swasta, Delpuri Sdn. Bhd.

PKNS akan kerugian RM140 juta jika meneruskan projek ini kerana mereka akan terpaksa membina dan menjual rumah kepada penduduk dengan harga di antara RM45,000 hingga RM80,000 walaupun kos pembinaannya adalah hampir RM180,000 sebuah.

Di bawah kerajaan yang terdahulu, Delpuri telah diberikan sekeping tanah seluas lebih kurang 25 ekar untuk dibangunkan bagi menampung subsidi untuk menjual rumah-rumah itu di bawah harga pasaran kepada penduduk setinggan di situ. Menurut perjanjian, penduduk akan diperuntukan sebuah rumah berkembar (semi-detached) untuk dibeli.

Walau bagaimanapun apabila PKNS mengambil alih projek tersebut kerana ianya mengalami kelewatan dan hampir terbengkalai, PKNS tidak mendapat tanah yang telah diberikan kepada Delpuri. Oleh itu PKNS akan mengalami kerugian.

Tidak ada perjanjian yang dibuat oleh kerajaan negeri yang lama bagi membolehkan tanah 25 ekar itu dirampas jika Delpuri tidak lagi terlibat membangunkan seluruh projek tersebut.

Oleh itu, setelah mengambil kira bebanan yang akan ditanggung oleh PKNS, YAB Menteri Besar Selangor telah mengambil keputusan agar PKNS tidak meneruskan projek itu.

Walau bagaimanapun, penduduk akan tetap mendapat lot-lot tanah mereka malah hampir dua pertiga lot-lot tanah yang telah dikeluarkan hakmilik.

Sehubungan itu, cadangan telah diterima di mana penduduk menyerahkan semula tanah mereka dan kawasan Bukit Botak dibangunkan dengan pembangunan perumahan bercampur-campur.

Penduduk yang menyerahkan tanah mereka akan berpeluang membeli pangsapuri kos sederhana seluas 850 hingga 1,200 kaki persegi dengan harga subsidi. Rumah kos rendah selalunya mempunyai keluasan lebih kurang 600 kaki persegi.

Subsidi ini akan diperolehi dari membangunkan seluruh kawasan Bukit Botak dengan membina rumah-rumah teres, berkembar dan pangsapuri-pangsapuri.

Menurut cadangan ini, keuntungan juga akan diperolehi oleh kerajaan negeri dari projek ini.

Cadangan ini juga dapat menyelesaikan aduan penduduk yang nama-nama mereka tercicir dari bancian setinggan yang dilakukan sebelum ini. Dengan membina pangsapuri dan bukan rumah berkembar untuk penduduk, lebih ramai penduduk setinggan yang asal akan dapat kembali menetap di Bukit Botak.

Kerajaan negeri akan membuat keputusan tentang cadangan ini setelah mengkaji semua aspek dengan teliti agar pengalaman projek terbengkalai tidak akan berulang.

Iskandar Abdul Samad
14 Oktober 2008

Monday, October 6, 2008

Sejauh manakah perbezaan pendapat dibolehkan di dalam kerajaan?

Sejauh manakah perbezaan pendapat dibolehkan di dalam kerajaan?

Persoalan ini berlegar-legar di kepala saya sejak saya mempertikaikan secara terbuka tindakan YB Ronnie Liew, Exco Kerajaan Tempatan & Penyelidikan Negeri Selangor, menggantung TYDP MPAJ, Abdul Hamid Hussain dari tugas setelah dia dikatakan mengarahkan perobohan sebuah kuil Hindu di Ampang Tasik.

Perbezaan pasti akan berlaku walaupun kerajaan yang memerintah itu terdiri dari sebuah parti. Maka sudah tentu wajib berlaku jika ia sebuah kerajaan campuran seperti di Selangor. Setiap parti sudah tentu mempunyai prinsip, dasar, penekanan dan sejarah yang berlainan.

Selepas pilihanraya umum 8 Mac, UMNO telah dipersalahkan oleh parti-parti komponen BN yang lain kerana terlalu mendominasi pakatan itu. UMNO seolah-olah tidak memberi peluang untuk berperanan kepada parti-parti seperti MCA dan MIC yang dikatakan bagaikan “lembu dicucuk hidung”. Mereka terpaksa menjadi “yes man”.

Orang Cina menolak MCA kerana ia tidak berani untuk bercakap untuk kepentingan orang Cina di dalam kerajaan. MIC juga ditolak kerana gagal menyuarakan hak orang India.

Walaupun isu yang saya bangkitkan bukan isu yang melibatkan kaum tetapi persoalan integriti dan moral pegawai-pegawai kerajaan, perbezaan pendapat yang berlaku telah menunjukkan kepada rakyat bahawa Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor memberi seluas-luas ruang kepada parti-parti di dalamnya untuk menyatakan pendirian masing-masing. Kecualilah saya digantung atau dipecat selepas ini!

Ia menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat bukan BN yang didominasi oleh sebuah parti dan meminggirkan parti-parti yang lain.

Tetapi perlukah perbezaan ini dizahirkan atau diketahui umum? Kenapa tidak hanya dihadkan kepada bilik-bilik mesyuarat? Saya berpendapat, sekali-sekala, perbezaan ini perlu dizahirkan. Sekurang-kurangnya ia dapat menunjukkan bahawa parti-parti komponen sentiasa peka dan tidak dituduh sebagai hanya rakan kongsi yang tidak berperanan.

Ia dapat memperkuatkan parti-parti komponen dan tidak mengalami nasib yang sama seperti MCA dan MIC yang sedang berada di dalam “ICU”.

Inilah kali pertama sejak penubuhan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor, berlaku perbezaan pendapat secara terbuka di kalangan Exco-Exco. Saya yakin ianya akan memperkuatkan pakatan ini kerana ianya adalah satu proses faham memahami di antara satu sama lain. Berkawan semasa memerintah berbeza dari berkawan semasa membangkang.

6 Oktober 2008

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1429 & Penggantungan TYDP MPAJ

Mohon maaf kerana lama tidak update blog ini.

Pada hari Isnin 22 Oktober, saya telah dimasukkan ke Hospital Pantai Indah, Pandan Indah kerana disyaki mengidap demam denggi. Di samping itu, saya juga telah terkena jangkitan paru-paru. Pada hari Rabu, doktor yang merawat saya memberitahu bahawa saya mengidap paru-paru berair atau "pneumonia". Hanyalah pada tengah-hari Jumaat 26 Oktober saya telah dibenarkan keluar setelah saya mendesak. Walau bagaimanapun, masih pening-pening dan tidak boleh meneruskan tugas seperti biasa.

Amat mengecewakan kerana Ramadhan pertama sebagai wakil rakyat saya tidak dapat menziarahi kesemua surau-surau di dalam kawasan DUN saya, apa nak buat kita hanya dapat merancang.

Walau bagaimanapun Selamat Hari Aidilfitri, Maaf Zahir Batin kepada semua.

InsyaAllah rumah terbuka DUN Chempaka akan diadakan pada hari Sabtu 11 Okober 2008, 10.30 pagi hingga 1.00 petang di Padang Pebandaran Ampang Jaya. Depan Balai Bomba Pandan Indah. Seluruh rakyat Malaysia dijemput hadir.

Satu berita yang ingin saya kongsi bersama adalah penggantungan kerja Setiausaha / TYDP MPAJ, Abdul Hamid Husain.

Berita tersebut telah saya baca di dalam akhbar The Star 30 Oktober dan ianya susulan perobohan sebuah kuil Hindu di Ampang. Pengumuman penggantungan itu telah dibuat oleh Exco Kerajaan Tempatan & Penyelidikan, YB Ronnie Liew dan menurutnya ianya adalah keputusan Exco Selangor.

Walau bagaimanapun, sepanjang ingatan saya tidak ada mesyuarat Exco atau perbincangan Exco yang mengambil keputusan untuk menggantung Hamid. Sepatutnya perkara sepenting ini dibuat secara kolektif oleh Exco dan bukan orang-orang perseorangan. Lebih-lebih lagi saya tidak ingat pernah ditanya tentang hal ini walaupun DUN saya adalah di bawah bidangkuasa MPAJ.

Selain dari itu, saya juga berpendapat kakitangan-kakitangan kerajaan Negeri tidak seharusnya dipersalahkan jika mereka telah menjalankan tugas tidak bertentangan dengan undang-undang tetapi tidak tepat dari segi politik. Mereka bukan orang politik!

Saya bimbang tindakan ke atas Hamid akan melemahkan semangat kakitangan kerajaan Negeri. Mereka sekarang berada di dalam kedudukan yang amat menyulitkan.

Bolehkah mereka bertindak ke atas perkara-perkara yang bertentangan dengan undang-undang atau mereka perlu "tutup sebelah mata" kerana takut dimarahi oleh orang-orang politik?

Saya amat bimbang jika kita mula "menutup sebelah mata" maka seolah-olah tidak ada lagi undang-undang di dalam masyarakat.

30 Oktober 2008

LEMAH DALAM KUAT?

Memang tidak dapat dinafikan program-program yang melibatkan pimpinan PAS di Selangor semakin bertambah sejak kemenangan Pakatan Rakyat pada 8 Mac yang lalu.

Kalau dulu hanya program-program Parti sahaja yang menonjolkan pemimpin-pemimpin Parti tetapi sekarang ini terdapat program-program kerajaan negeri yang memberi pendedahan kepada pimpinan Parti terutamanya yang menjadi ADUN atau Ahli Parlimen. Kalau dulu hanya di markas-markas sahaja tetapi sekarang di masjid, di surau, di dewan serbaguna, di balairaya malah di pejabat agensi-agensi kerajaan negeri, pimpinan PAS boleh berucap.

Ini adalah satu perkembangan yang baik kerana kita akan berupaya melebar luas pengaruh Parti atau sekurang-kurang meletakkan pimpinan kita di tengah-tengah masyarakat tetapi saya agak bimbang dengan perkembangan sedemikian. Kenapa tidaknya kerana ramai di antara kita yang hanya bergerak di atas platform kerajaan negeri.

Contohnya bagi kawasan-kawasan yang mempunyai ADUN, ADUN-ADUN akan menganjurkan program-program Mesra Rakyat. Tidak kiralah, sama ada Hari Kesihatan, Dialog Bersama Rakyat, Makan Sate, Makan Durian, Motivasi Pelajar, Motivasi Ibu Bapa atau Sambutan Merdeka, hampir setiap minggu ada program yang dianjurkan. Kadang-kala sehingga tidak ada ruang untuk program-program Parti.

Tetapi bukankah baik ada banyak program? Memang baik bagus tetapi ada perbezaannya.

Program kerajaan negeri atau program Mesra Rakyat ADUN lebih mudah hendak dianjurkan. Peruntukan disediakan oleh ADUN. Tidak perlu satu sen pun. Tempat, pilih saja dewan yang hendak digunakan. Malah khemah dan PA system pun majlis perbandaran boleh menyediakan.

Tetapi program Parti lain. Duit kena cari sendiri. Tempat pula terpaksa kita gunakan “creativity” kita, cari rumah orang ini dan orang itu malah kita boleh menganjurkan program di kaki lima. Kalau di markas, kita akan buat gotong royong membersihkan markas terlebih dahulu. Petugas-petugas pula akan datang menderu walaupun hanya dijamu air mineral dan nasi lemak kosong. Tetapi sekarang petugas-petugas pun ada yang minta diupah!

Walaupun sekarang ini lebih banyak program tetapi saya takut kita kehilangan kekuatan yang dikagumi oleh rakan dan lawan. Ingat atau tidak dulu, apabila UMNO begitu gerun kerana kita dapat menganjurkan program yang hebat-hebat? Mereka bertanya, “Di mana dapat duit?” atau “Ramainya petugas?”.

Betul, kita perlu memberi sedikit keselesaan kepada Cawangan-Cawangan dan petugas-petugas kita tetapi janganlah sampai kita hilang “competitive edge” dan “creativity” kita. Janganlah sampai kita lupa kepada budaya infaq atau budaya sukarela yang telah menjadikan PAS disegani dan dihormati. Cubalah minta derma dari ahli-ahli malah AJK-AJK, tidak ramai yang akan menghulur malah ada yang bertanya, “Bukankah kita ada YB?”. Kita sudah menjadi terlalu manja.

Ketika hadir di dalam satu program anjuran SRI Ilmi, Ampang saya diberitahu bahawa di Terengganu apabila PAS memerintah, sekolah-sekolah agama telah mendapat bantuan dari kerajaan negeri dan ramai guru-guru yang telah dinaikkan gaji dari RM450 kepada RM1,500. Ada yang telah membeli kereta.

Tetapi apabila kerajaan PAS tumbang, tidak ada lagi bantuan dari kerajaan negeri BN. Akibatnya guru-guru malah sekolah-sekolah itu menghadapi masalah. Ada yang menjadi lebih teruk dari sebelum PAS memerintah. Itu apa yang saya diberitahu. Mereka tidak dapat pulih seperti ketika mereka menjadi pembangkang. Mungkin ini sebabnya ada orang-orang Terengganu yang bersungguh-sungguh hendak bekerjasama dengan UMNO!

Walaupun kita tidak mahu kalah di Selangor tetapi kita pastikan yang jika ……… jika ……… jika kita kalah, kita tidak akan terduduk terus. Kita boleh bangkit, melawan balik, untuk merampas semula pemerintahan kerajaan negeri.

14 Ramadhan 1429 / 14 September 2008

Wednesday, September 10, 2008

Isu Kubur Taman Bukit Permai 2 Menjadi Rumit Dengan Campurtangan Orang Luar

Penglibatan YB Tan Kok Wai, Ahli Parlimen Cheras di dalam dialog membincang cadangan pembinaan tanah perkuburan Islam di Ampang telah menaikkan kemarahan umat Islam.

Dialog yang diadakan pada 6 September lepas telah dianjurkan oleh ADUN Teratai, YB Jenice Lee Ying Ha, dan bertujuan untuk mendengar pandangan penduduk tentang cadangan tersebut.

YB Tan telah dijemput oleh YB Jenice untuk mempengerusikan majlis dialog dan tindakan ini telah dibantah oleh penduduk yang menyokong pembinaan kubur kerana YB Tan adalah orang luar. YB Tan pula berkata beliau hadir kerana mahu menegakkan keadilan.

Saya telah hadir pagi itu di atas arahan MB semasa mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES) dan terkejut kerana seorang ahli Parlimen dari Kuala Lumpur hadir untuk mempengerusikan dialog membincangkan isu negeri Selangor! Betul, beliau mahu menegakkan keadilan tetapi adakah negeri Selangor terlalu kekurangan orang-orang yang boleh menegakkan keadilan sehingga terpaksa memanggil orang luar?

Kehadiran YB Tan ini telah disalahtafsir oleh yang mereka menyokong pembinaan kubur dan isu ini telah bertukar menjadi isu perkauman. Melayu lawan Cina.

Keadaan pagi itu menjadi begitu tegang sehingga pihak Polis telah mengarahkan dialog itu diberhentikan pada lebih kurang jam 11.00 pagi.

Hari ini mesyuarat Exco telah memutuskan supaya projek kubur ini diteruskan dengan syarat ianya mempunyai jalan masuk yang berasingan dan terlindung dari kawasan perumahan, mempunyai “buffer zone”. Tetapi sekiranya sentimen perkauman dibiarkan membara, walau apapun disediakan untuk memastikan kepentingan penduduk tempatan terpelihara, tiada persetujuan akan dapat dicapai.

Tuesday, September 9, 2008

ORANG ISLAM PERLU JUGA PERHATIAN

DBKL mengambil tindakan pantas menukar tanda-tanda jalan dari yang mempunyai tulisan jawi kepada yang mempunyai tulisan Cina apabila dibantah oleh YB Teresa Kok, Ahli Parlimen Seputih.

Walaupun ianya melibatkan kawasan YB itu, kawasan majoriti Cina, tetapi jarang sekali DBKL begitu pantas memenuhi permintaan parti-parti pembankang. Menukar papan-papan tanda jalan bukan satu perkara yang kecil. Jadi adakah ianya bertujuan untuk mendapatkan undi-undi untuk BN atau terdapat agenda politik lain? Sudah tentu penukaran itu akan menjadikan YB Teresa “heroine” kepada pengundi-pengundi Seputih dan tidak akan menguntungkan BN. Jadi kenapa dilakukan?

Saya berpendapat impak yang diharapkan bukanlah di Seputih tetapi di seluruh negara. Bukan kepada orang Cina atau masyarakat bukan Islam yang lain tetapi impak yang diharapkan adalah di kalangan orang Melayu, orang Islam.

Saya yakin tindakan itu adalah untuk menimbulkan rasa “insecure” atau tidak selamat orang Melayu. Orang Melayu hendak ditakut-takutkan. Tulisan jawi boleh ditukar dengan sewenang-wenangnya. Jika tulisan Melayu boleh ditukar, perkara-perkara lain pun boleh ditukar!

Tetapi adakah orang-orang Melayu boleh ditakut-takutkan? Mungkin mereka yang berkempen di Permatang Pauh tidak merasakan begitu tetapi di peringkat akar umbi lain ceritanya.

Di Permatang Pauh, undi PKR meningkat tetapi itu sememangnya kubu kuat PKR. Bagaimana pula di kawasan yang orang Melayu yang menolak PKR atau PAS pada pilihanraya umum 8 Mac? Adakah sokongan kepada Pakatan telah meningkat di Sabak, Sg. Burung, Sg. Air Tawar, Taman Templer atau Dusun Tua?

Masih banyak masjid-masjid dan surau-surau di Selangor yang di kuasai oleh UMNO dan ini menunjukkan bahawa ianya terus mempunyai pengaruh yang kuat di peringkat akar umbi.

Pada pendapat saya, kurang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk menarik orang Melayu dari UMNO, sama ada di Selangor, Perak ataupun Pulau Pinang. Yang ada seperti hadiah kemasukan ke IPTA/IPTS, skim takaful warga emas dan hadiah RM100 untuk setiap bayi yang lahir adalah universal untuk seluruh rakyat tanpa mengira kaum.

Ramai yang berpendapat orang-orang Cina mendapat lebih banyak “habuan-habuan” dari kerajaan Pakatan. Lanjutan pajakan 99 tahun bagi kampung-kampung baru Cina, cukai pintu nominal bagi tokong-tokong, layanan khas bagi kilang-kilang haram dan yang terbaru pula, penganugerahan tanah oleh kerajaan Negeri Perak kepada sekolah-sekolah Cina boleh memastikan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan.

Masyarakat India juga mendapat perhatian khusus dari kerajaan Pakatan. Masalah kemiskinan orang India dan masalah sekolah-sekolah Tamil sedang diberi perhatian. Tidak ada lagi kuil yang akan diroboh seperti di Kg. Rimba Jaya.

Tanpa menafikan hak-hak orang Cina, orang-orang Melayu perlu juga mendapat “keistimewaan-keistimewaan” dari kerajaan Pakatan. Saya bimbang kerana ramai yang telah bertanya, “Apa yang orang Melayu dapat dari kerajaan Pakatan?”.

Sebenarnya orang-orang Melayu lebih senang merasa terancam, lebih merasa “insecure” dari orang Cina atau orang India. Mereka lebih mudah ditakut-takutkan. Mereka senang terperangkap dengan isu-isu perkauman. Kalau ada yang berkata orang Melayu sudah berubah, saya yakin ini satu dongengan sahaja. Betul mereka boleh mengundi DAP atau calon-calon bukan Melayu tetapi ini boleh bertukar dengan sekelip mata.

Ini tidak mengejutkan kerana orang Melayu adalah bangsa yang telah dijajah, telah dijadikan hamba selama lebih 500 tahun. Dari Portugis kepada Belanda, kemudian Inggeris dan Jepun, Bintang Tiga dan Inggeris kembali maka tidak hairan jika api perkauman boleh disemarakkan dengan mudah di kalangan orang Melayu. Inilah realitinya. UMNO masih dapat memenangi 18 kerusi di Selangor. UMNO mempunyai kerusi yang terbanyak di DUN Perak, lebih banyak dari DAP, PKR atau PAS bersendirian.

Saya melihat untuk mengekal kerajaan Pakatan di Selangor atau Perak, kuncinya adalah pada pengundi-pengundi Melayu yang telah menolak Pakatan pada pilihanraya umum yang lalu. Apakah agenda khusus untuk menarik mereka dari UMNO?

YB Ronnie Liew pernah berkata MCA tidak akan menang di Perak apabila Kerajaan Negeri Perak memberi tanah kepada sekolah-sekolah Cina tetapi beliau lupa tanpa undi orang Melayu, PKR dan PAS mungkin akan kalah dan kerajaan Pakatan tidak akan dapat ditubuhkan hanya dengan DAP.

Sekiranya pemberian tanah kepada sekolah-sekolah Cina tidak disusuli dengan pemberian tanah kepada sekolah-sekolah agama rakyat maka sudah tentu akan berlaku tindakbalas (backlash) dari kalangan orang-orang Melayu. UMNO begitu cekap mengeksploit isu-isu seperti ini.

Begitu juga di Selangor, walaupun bagi kebanyakan 16 kerusi wakil rakyat Melayu-Islam dimenangi dengan undi Cina tetapi jika undi-undi Melayu berubah kepada BN, 16 kerusi itu akan jatuh ke tangan BN. Ini belum dikira kerusi-kerusi PKR di mana peratusan pengundi Melayu adalah tinggi dan kemenangan PKR adalah hasil dari undi-undi Melayu.

Ada orang PAS yang berkata, kita “tarbiyyah” sahaja, melalui masjid dan surau. Tetapi “tarbiyyah” tidak dapat atau memerlukan masa untuk menyelesaikan rasa tidak puas hati orang-orang Melayu yang tidak mempunyai tanah walhal pemodal-pemodal Taiwan boleh mendapat tanah industri dengan mudah, yang menetap di rumah-rumah kos rendah yang sempit walhal warga Singapura dapat membeli banglo-banglo yang mewah, yang menghadapi masalah untuk mendapat pinjaman dari bank tetapi akan dikatakan malas apabila perniagaannya gagal atau yang menghadapi diskriminasi ketika mencari pekerjaan tetapi setiap kali mereka bersuara mereka akan dilabel sebagai ekstrim.

Sesuatu yang drastik perlu dilakukan oleh kerajaan Pakatan yang ada. Bukan sahaja orang Melayu yang masih bersama BN akan kekal bersama BN malah orang-orang Melayu yang bersama Pakatan akan turut hanyut. Orang Melayu, orang Islam juga perlu diberi perhatian.

6 Ramadhan 1429 / 6 September 2008

KE MANA PERGINYA "ENGAGEMENT"?

Ada seorang pemerhati bukan Islam telah membuat ulasan di dalam internet bahawa Muktamar PAS di Ipoh baru-baru ini adalah lebih kurang sama dengan Perhimpunan Pemuda UMNO …… hanya keris sahaja yang tidak dicabut ( ….. everything but the keris ).

Saya tidak mahu membincangkan kewajaran ulasan tersebut tetapi perlu diselami kenapa ulasan sedemikian boleh dihasilkan. Adakah ia pendapat seorang atau ramai yang berpendapat sedemikian?

Kita boleh berhujjah bahawa ianya merupakan hak kita untuk berkata apa yang kita suka di Muktamar kita tetapi akhirnya kita perlu berdepan dengan mereka yang mula merasa curiga terhadap PAS. Mungkin bukan mereka yang berada di kawasan-kawasan “Malay heartland” seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah tetapi yang akan merasakan sebarang kesan adalah mereka di kawasan-kawasan seperti di Lembah Kelang dan di sekeliling Lembah Kinta.

Memang benar kita perlu membuat penegasan tentang dasar perjuangan kita tetapi kenapa begitu “defensive”? Seolah-olah apabila kita mencapai sedikit kejayaan pada pilihanraya umum yang lepas, kita telah mengorbankan prinsip-prinsip kita. Akibat dari “perasaan bersalah” ini, kita mula menyerang. Dari PKR dan DAP kepada pimpinan tertinggi PAS sendiri. Tetapi benarkah PAS telah mengorbankan prinsipnya?

Sekali lagi saya tidak ingin membincangkan isu ini tetapi yang nyata setahun sebelum ini, di Muktamar 2007 malah di tahun-tahun sebelum ini, kita sungguh berhati-hati. Mahu menjaga hati semua orang.

Mungkin cerita Muktamar ini telah basi tetapi ianya sengaja saya timbulkan semula apabila memerhatikan seolah-olah PAS telah mula menjadi “exclusive” semula.

Di Pandan, untuk 3 tahun berturut-turut telah dianjurkan program yang bernama Larian Merdeka yang mendapat sambutan dari masyarakat pelbagai kaum tetapi tidak tahun ini. Saya amat bimbang sekiranya kita dituduh menganjurkan program itu untuk memancing undi kaum Cina dan India maka setelah memenangi pilihanraya, kita tidak perlu lagi mendekati mereka.

Saya juga amat bimbang apabila melihat program-program “engagement” kita bersama masyarakat bukan Islam telah berkurangan.

Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana “engagement” ini bukan sesuatu yang boleh dipaksa-paksa. Ianya akan datang dengan semulajadi. Saya tidak mahu kita melakukan “engagement” tetapi ianya hanya di peringkat permukaan, semata-mata untuk memancing undi sahaja. Tetapi ada yang melakukannya dengan semulajadi, mungkin mereka dibesarkan di dalam masyarakat yang berbilang kaum.

Kita tidak tahu siapa yang akan memegang panji-panji Islam di Malaysia pada masa akan datang. Mungkin kemenangan total Islam di Malaysia bukan dipimpin oleh orang Melayu?

Sebelum pilihanraya tahun ini, seorang petugas kecewa dengan penerimaan orang Melayu telah berkata, “Tunggu orang Cina masuk Islam baru Islam nak menang”. Akhirnya kita tidak payah menunggu orang Cina memeluk agama Islam, mereka mengundi PAS ketika masih Buddhist, Kristian, Atheist atau penganut agama-agama lain. Tetapi alangkah baik sekiranya mereka dapat menerima kesyumulan Islam dan tidak hanya mengundi PAS kerana benci kepada BN? Jadi apakah usaha-usaha kita? Sudah tentu tidak usaha-usaha “opportunist” pada tahun-tahun pilihanraya sahaja!

3 Ramadhan 1429 / 3 September 2008

Wednesday, August 13, 2008

ADAKAH IBRAHIM ABU SHAH BERBOHONG?

Kononnya perarakan pelajar UiTM ke Bangunan SUK Shah Alam 12 Ogos 2008 merupakan tindakan sukarela. Itu kata VC UiTM, Ibrahim Abu Shah. Tetapi laporan diterima ada pelajar mendakwa dipaksa berarak atau akan dikenakan tindakan disiplin.

Yang paling menarik adalah ulasan Prof. Dr. Khoo Kay Kim. Katanya dulu pun pernah dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera tetapi tidak ada sambutan. Anih sekali, saya tidak ingat sebarang perarakan ketika UiTM dibuka kepada bukan Bumiputera dulu. Tetapi sekarang ada?

Mungkin ini disebabkan pilihanraya kecil Permatang Pauh yang akan tiba. Jadi si Ibrahim Abu Shah ini memaksa pelajar-pelajar berarak sebab nak menangkan BN di Permatang Pauh. Kejam sekali........

Monday, August 11, 2008

NEGARA KEBAJIKAN ALA SINGAPURA

Beberapa minggu lepas seorang penghuni sebuah “council home” (rumah sewa majlis perbandaran) telah datang ke pejabat saya memohon kerajaan membatalkan kenaikan sewaan bulanannya. Kenaikan itu adalah satu dari legasi dari pentadbiran BN di Selangor.

Menurutnya, beliau terpaksa membayar RM250, dinaikkan dari RM125 dan dengan gaji bulanan sebanyak RM750 ini bermakna lebih dari 1/3 dari gajinya adalah untuk sewa rumah. Dengan ansuran bulanan kereta RM360, tidak ada apa yang tinggal untuk beliau dan keluarganya.

Bandingkan dengan penduduk Singapura. Baru-baru ini saya telah ke sana untuk melihat cara-cara negara tersebut menyelesaikan masalah perumahan dan pengurusan kawasan perumahan awam.

Saya telah diberitahu bagi rakyat berpendapatan rendah atau tidak mempunyai anak atau pasangan tua yang duduk bersendirian, mereka boleh menyewa pangsapuri 1 bilik atau “studio flat” dengan kadar 25 dollar sebulan. Walau bagaimanapun pendapatan bulanan mereka mestilah kurang dari 800 dollar sebulan. Ini bermakna mereka hanya membelanjakan kurang dari 5% dari gaji mereka untuk perumahan.

Pemandu pelancong yang bersama kami sepanjang lawatan ke Lembaga Pembangunan Perumahan (HDB), Penguasa Pembagunan Semula Perbandaran (URA) dan Pesuruhjaya Bangunan (COB) telah membeli rumah ketika berumur 26 tahun. Pangsapuri 3 bilik yang dibeli dengan pinjaman dari kerajaan memerlukan beliau membayar RM250 ansuran sebulan. Dengan itu, dengan gaji 1800 dollar sebulan ketika itu (15 tahun yang lalu), beliau hanya membelanjakan kurang dari 20% dari gajinya untuk perumahan.

Di Malaysia, kadang kala hampir separuh gaji kita adalah untuk membayar ansuran perumahan bagi yang membeli atau untuk sewa bulanan bagi yang menyewa.

Ketika di Singapura, jelas sekali strategi pemerintah di sana. Jika kos perumahan dapat dikurangkan maka ini bermakna rakyat dapat membelanjakan selebih gaji mereka untuk perkara-perkara lain

Di republik itu, 20 peratus dari gaji bulanan dipotong untuk CPF, sama seperti KWSP di Malaysia. Majikan pula mencarumkan 15 peratus kepada akaun CPF pekerja mereka. Ini bermakna jumlah simpanan setiap pekerja melalui CPF adalah 35 peratus (lebih kurang 20 peratus di Malaysia). Dana ini akan digunakan oleh pemerintah untuk melabur merata dunia melalui syarikat kerajaan seperti Temasik Holding yang turut mempunyai kepentingan di dalam banyak syarikat penting di Malaysia. Keuntungannya pula akan dipulangkan balik kepada rakyat negara itu atau menyediakan prasarana di pulau tersebut. Berniaga di Malaysia, keuntungan pula untuk rakyat mereka! Bagaimana pula peranan syarikat pelaburan negara kita, Khazanah?

Kita selalu melaungkan slogan “Rumahku Syurgaku” tetapi pada hakikatnya keadaan di negara kita tidak membenarkan ini berlaku bagi semua rakyat.

Pertama, perbelanjaan perumahan yang tinggi bermakna ramai yang terpaksa mempunyai pekerjaan kedua. Sama ada membawa teksi di waktu malam atau hujung minggu, berniaga pasar malam atau terlibat dengan “direct selling”, ianya boleh dikira sebagai pekerjaan kedua.

Kedua, sistem pengangkutan yang tidak efisien bermakna ramai yang terlibat dengan “traffic jam” atau terpaksa “berperang” sama ada untuk pergi atau balik dari kerja. Ramai yang perlu keluar awal pagi dan pulang melewati Maghrib. Oleh itu, “quality time” bersama keluarga adalah terlalu terbatas. Akhirnya institusi keluarga itu sendiri akan runtuh yang akan memberi kesan yang buruk kepada masyarakat secara keseluruhannya. Gejala sosial adalah natijah fenomena ini. Produktiviti mereka yang sentiasa tertekan juga akan menurun.

Di Singapura walaupun undang-undangnya ketat tetapi dua perkara yang diberikan fokus utama untuk memastikan rakyatnya berada ditahap yang optimum untuk digembelingkan bagi kemajuan negara.. Perumahan dan pengakutan awam. Saya tidak melihat dinding-dinding diconteng atau kemudahan awam dirosakkan

Perumahan yang sempurna bermakna anak-anak tidak akan bosan atau tertekan untuk tinggal di dalamnya. Pengangkutan awam yang sempurna bermakna rakyat tidak akan tertekan sama ada untuk pergi dan pulang dari kerja atau bagi pelajar-pelajar untuk pergi dan pulang dari sekolah.

Kedua-duanya akan bermakna lebih masa dapat diluangkan bersama keluarga maka ini akan menjadikan insitusi keluarga itu lebih teguh. Tidak ada lepak melepak. Atau dari perkspektif kita sebagai umat Islam, lebih banyak masa untuk mendegar kuliah atau beribadat di masjid dan surau. Kita perlu menghasilkan masyarakat yang “stress free”.

Malah sebelum ke Singapura, “retreat” Exco dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan Negeri telah diberitahu bagaimana kos perumahan dan pengangkutan adalah sebab utama kemiskinan bandar.

Mungkin ada yang berkata, Singapura bolehlah, ia negara kaya! Saya melihat Malaysia juga boleh melakukannya kerana kita juga kaya tetapi duit kita banyak hilang dengan amalan pembaziran dan rasuah, sama ada yang terbuka atau yang tersembunyi.

Perkhidmatan atau kemudahan yang dinikmati oleh rakyat adalah yang di bawah mutu yang sepatutnya.

Pembekal atau kontraktor terpaksa memberikan khidmat atau produk yang lebih rendah mutunya kerana terpaksa membuat bayaran “sogokan” kepada pihak-pihak yang tertentu. Sama ada ahli-ahli politik atau kakitangan kerajaan bagi sesuatu projek itu untuk diluluskan atau diperolehi.

Mungkin kontrak itu bernilai RM1 juta tetapi kos terpaksa dikurangkan sehingga RM800,000 sebab perlu memberikan rasuah bernilai RM200,000. Oleh itu kemudahan atau bangunan atau produk yang diterima oleh rakyat adalah di bawah spesifikasi yang ditetapkan.

Amalan memberikan kontrak kepada mereka yang tidak mempunyai kepakaran merupakan punca mengapa rakyat kerap tertipu. Dalam banyak kes, syarikat hanya merupakan orang tengah. Mereka mendapat kontrak dan memberikannya kepada syarikat yang mempunyai kepakaran. Syarikat yang mendapat kontrak hanyalah berperanan sebagai “posmen”.

Contohnya bagi pembinaan jalanraya, kontrak itu mungkin bernilai RM10 juta. Tetapi ianya diberikan kepada syarikat yang mempunyai kepakaran dengan nilai RM8 juta. RM2 juta untuk “posmen” dan dari jumlah itu mungkin RM1 juta untuk pemimpin politik yang membantu “posmen” itu mendapatkan kontrak. Maka jalanraya yang diterima oleh rakyat adalah bernilai RM8 juta dan bukan RM10 juta.

Lebih teruk lagi sekiranya pembinaan tidak dilakukan oleh syarikat kedua tetapi syarikat ketiga malah keempat, jalanraya yang diterima oleh rakyat mungkin bernilai RM5 atau 6 juta sahaja. Oleh itu RM4 atau 5 juta tidak dapat dimanfaatkan untuk rakyat tetapi masuk ke dalam poket para kroni. Maka tidaklah hairan sekiranya jalan-jalan mula berlubang setelah hanya 1 tahun.

Amalan ketiga yang menyebabkan rakyat Malaysia sentiasa ditipu adalah amalan “marked up” yang berlebih-lebihan atau melampau-lampau.

Sebelum ini kita didedahkan bagaimana sebuah jabatan kerajaan telah dibekalkan barangan dengan harga yang tidak masuk akal. Di antaranya pemutar skrew yang berharga RM50 dibekalkan dengan harga beratus-ratus ringgit. Ini bukan kejadian yang jarang-jarang berlaku tetapi satu kelaziman.

Baru-baru ini saya diberitahu bahawa sebatang pen yang berharga 50 sen tetapi telah dibekalkan kepada sebuah syarikat kerajaan (GLC) dengan harga RM20!

Saya juga pernah menulis bagaimana sebuah kontrak bangunan di dalam lingkungan RM75 juta ditawarkan kepada syraikat kroni dengan harga RM110 juta.

Apabila Pakatan Rakyat menang di Selangor, di antara penyelewengan yang paling awal didedahkan adalah bagaimana peruntukan ADUN-ADUN telah hampir habis dibelanjakan oleh ADUN-ADUN yang lalu dalam masa yang singkat.

Contohnya di Chempaka, ADUN yang lama telah menghabiskan lebih kurang RM450,000 dalam bulan Januari dan sebahagian bulan Februari. Sepatutnya setiap ADUN diperuntukkan RM500,000 sehingga bulan Disember tetapi semuanya telah hampir hangus dalam masa lebih kurang 45 hari!

Alhamdulillah, kerajaan yang baru telah memperuntukkan semula sebahagian dari jumlah yang dihabiskan bagi ADUN-ADUN yang lama untuk baki bagi tahun 2008. Peruntukkan ini adalah untuk rakyat, sama ada untuk projek-projek mesra rakyat, projek-projek infrastruktur yang kecil, sumbangan kepada yang memerlukan atau perkara-perkara lain untuk rakyat.

Pada mulanya saya tidak faham bagaimana RM450,000 dapat dibelanjakan dalam masa 45 hari. RM10,000 sehari?

Walau bagaimanapun misteri ini terungkai apabila didedahkan seorang pembantu ADUN Teratai yang lepas telah dicekup BPR kerana membuat tuntutan untuk 17 program mesra raktyat di surau-surau tetapi pada hakikatnya program-program itu tidak pernah dianjurkan. Tidakkah ADUN itu diberitahu akan program-program yang dianjurkan menggunakan peruntukan beliau?

Seperti biasa UMNO dan BN akan mengangap harta kerajaan adalah harta parti. Harta mak bapak mereka! Tidak hairanlah sekiranya peruntukan itu difaraidkan antara mereka. Hanya saya berdoa agar kita tidak akan menjadi seperti mereka tetapi cabaran-cabaran ketika berkerajaan itu lebih hebat dari ketika menjadi pembangkang.

Saya pernah menulis bagaimana ketika mengendalikan sebuah projek perumahan, saya pernah dihulurkan RM25,000 tunai sebagai sogokan untuk memberi kelulusan. Tetapi sekarang di dalam kerajaan, cabarannya berkali-kali ganda lebih hebat.

Tidak sampai enam bulan menjadi Exco, saya pernah dibisikan bahawa seorang pemaju bersedia membayar RM1 juta sekiranya saya menyokong permohonannya untuk mendapat pengecualian kuota Bumiputera bagi projeknya.

Mungkin ada yang berkata dengan RM1 juta banyak perkara yang boleh dibeli untuk memantapkan perjuangan. Tetapi sekiranya saya boleh menerima RM1 juta itu maka sia-sialah saya berhadapan dengan FRU atau membawa isteri dan anak-anak yang masih kecil hingga hampir subuh ke seluruh negeri Selangor.

Berbalik kepada Singapura, saya yakin mereka benar-benar menjaga kebajikan rakyat mereka. Bagi negara tanpa sebarang sumber asli, rakyat adalah aset yang paling penting. Mungkin Malaysia yang kaya dengan sumber-sumber asli tidak melihat rakyatnya sebagai aset penting. Hanyalah aspek “spiritual” yang tertinggal dari perancangan pemerintah rebublik itu. Jika dapat digabungkan pengalaman Singapura dan Islam, masyarakat kita berupaya menjadi lebih baik dari hari ini.

11 Ogos 2008

Tuesday, August 5, 2008

PERMATANG PAUH : "REFERENDUM" ORANG MELAYU

Akhirnya segala tanda tanya terjawab. Datin Seri Wan Azizah akan berundur. Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan bertanding di Permatang Pauh.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, pilihanraya kecil yang akan menyusul adalah lebih dari hanya satu pertandingan di Permatang Pauh tetapi keputusannya akan menjawab beberapa persoalan.

Adakah Anwar masih mempunyai tarikan? Adakah BN telah pulih dari kekalahan teruk 8 Mac yang lalu? Adakah orang Melayu yang akan kali ini bersama-sama gelombang yang mengenepikan BN di lima negeri? Pada saya soalan terakhir adalah yang paling penting.

Memang tidak dinafikan, kemenangan Pakatan di Pulau Pinang, Perak dan Selangor adalah hasil dari sokongan pengundi bukan Melayu. Kerajaan yang baru di negeri-negeri itu “dipaksa ke atas orang-orang Melayu oleh pengundi-pengundi bukan Melayu”. UMNO masih dapat mempertahankan kebanyakan kerusi-kerusi mereka. Di kawasan “Malay belt” Selangor seperti di Tg. Karang dan Sabak Bernam, undi BN dilaporkan bertambah.

Tetapi setelah hampir lima bulan selepas pilihanraya, adakah orang Melayu sudah dapat merasakan kelebihan di bawah kerajaan-kerajaan yang baru. Atau adakah orang Melayu merasakan nasib mereka lebih baik ketika di bawah BN?

Pada saya semua ini akan terjawab di Permatang Pauh yang merupakan kawasan Melayu . Anwar mungkin akan menang tetapi majoriti kemenangan akan menjadi kayu pengukur sama ada orang Melayu berpuas hati dengan pentadbiran Pakatan. Bukan sahaja Pakatan pimpinan DAP di Pulau Pinang tetapi Pakatan di Perak dan Selangor.

Jika Anwar dapat menambah atau mengekalkan majoriti atau mendapat 50% dari majoriti Wan Azizah maka orang Melayu bolehlah dikira merasa selesa di bawah Pakatan. Tetapi kekalahan Anwar atau kemenangan dengan majoriti tipis bermakna banyak yang perlu dilakukan sebelum Pakatan Rakyat mendapat sokongan yang penuh dari orang Melayu.

Isu-isu kuil Rimba Jaya, Dasar Ekonomi Baru dan keris Hishamuddin Tun Hussein merupakan di antara isu-isu utama di kalangan masyarakat bukan Melayu pada pilihanraya umum bulan Mac yang baru lalu. Rata-rata orang bukan Melayu berpuas-hati dengan pentadbiran Pakatan yang baru. Tetapi tanpa sebarang isu-isu utama masyarakat Melayu, susah hendak dibaca dengan tepat sama ada orang-orang Melayu berpuas-hati atau tidak.

Jika ditanya penyokong-penyokong Pakatan, mereka berkata ya. Tetapi jika dibaca akhbar-akhbar milik BN atau ditonton saluran-saluran TV, seoalah–olah orang Melayu merasakan diri mereka sebagai rakyat kelas kedua.

Sebagai seorang pembuat dasar dan rakan-rakan lain di dalam pentadbiran negeri Selangor, kami amat memerlukan maklumbalas yang sebenarnya dari orang-orang Melayu. Jika ada yang kurang, kami akan cuba lengkapkan. Jika ada yang singkat, kami akan cuba labuhkan.

Maka di atas dasar itu, saya berharap pengundi di Permatang Pauh akan mengundi dengan bijak. Pada saya ianya bukannya pertandingan di antara Anwar dan pencabarnya. Atau Pakatan dan BN. Tetapi ianya satu “referendum”. Mengukur tahap kepuasan-hati orang Melayu.

Kita semua mahu Anwar menang. Kita tidak mahu Anwar kalah. Tetapi kita juga tidak mahu merasa selesa walhal orang Melayu tidak bersama kita. Oleh itu, kepada orang Melayu di Permatang Pauh, jadilah pengundi yang bijak. Hantarkanlah mesej anda kepada kami!

4 Ogos 2008

Tuesday, July 29, 2008

KEMPEN KESEDARAN ALAM SEKITAR



Semalam, Sabtu 26 Julai, telah diadakan program makan durian bersama ADUN Chempaka sempena kempen kesedaran alam sekitar di kawasan pangspuri Taman Dagang Fasa 3.

Dua lori durian telah disediakan untuk penduduk tempatan tetapi yang datang dari seluruh DUN Chempaka. Dari pelbagai bangsa, tidak siapa yang akan menolak durian percuma. (Foto-foto akan disiarkan di masa akan datang - kabel kamera tak jumpa lagi!)

Durian hanyalah tarikan, yang penting kempen kesedaran alam sekitar. Amat sesuai bagi kawasan yang dibelenggu dengan masalah tikus! Kita boleh adakan gotong-royong tetapi jika mentaliti dan sikap penduduk tidak berubah maka keadaan akan kembali seperti sebelumnya.

Membuang sampah di dalam longkang, sampah tidak diletakkan di dalam plastik sampah tetapi dibuang sesuka hati dan kalau dibungkus di dalam plastik tetapi tidak diletakkan di dalam tong di rumah sampah boleh menggalakkan pembiakan tikus.

Penyelesaiannya adalah di tangan penduduk bukan majlis perbandaran atau pihak-pihak lain!
Seperkara lagi yang disentuh hari itu adalah gesaan supaya mengurangkan penggunaan plastik.
Penduduk digesa supaya membawa beg sendiri apabila pergi membeli-belah, jangan mengambil beg plastik yang diberikan oleh pasaraya-pasaraya atau kedai-kedai runcit. Kalau sekadar satu atau dua barang sahaja, tidak perlulah mengambil beg plastik, pegang dengan tangan sahaja!

Di antara sebabnya adalah plastik tidak akan musnah dan akan terus wujud untuk beratus-ratus tahun. Contohnya beg plastik yang dibuang ke dalam longkang tidak akan hancur seperti kertas atau kain. Ia menyekat perjalanan longkang. Sampah-sarap akan berkumpul dan akhirnya menjadi tempat pembiakan tikus atau makhluk-makhluk perosak lain.

Plastik yang dibakar juga akan mengeluarkan gas-gas yang boleh mengancam kesihatan.

Saya tidak tahu sama ada penduduk di DUN Chempaka sudah cukup bersedia dengan kempen-kempen seperti ini. Saya melihat Chempaka sebagai kawasan di pinggir bandaraya dan penduduknya terdedah kepada perkembangan-perkembangan dunia maka mereka sepatutnya lebih bersedia menerima kempen-kempen seperti dari kebanyakan kawasan-kawasan DUN di luar bandar. Tetapi adakah kita secara fizikal sahaja berada di pinggir bandaraya, beberapa minit dari KLCC tetapi masih berfikiran seperti penduduk negara-negara di dunia ketiga.

Dulu saya pernah mencari cybercafe di Pandan Indah yang boleh mencetak, yang ada “printer”, tetapi tidak banyak yang ada. Mungkin kerana komputer-komputer di sana hanya digunakan untuk bermain "game" atau "chatting" sahaja.

Kalau kita duduk di kedai-kedai mamak atau warung-warung tomyam, siaran Astro yang selalu ditonton adalah siaran sukan, hiburan atau filem-filem yang banyak tembak-tembak atau lawan-lawan atau peluk-peluk. Jarang yang hendak menonton saluran 555 (History Channel) atau saluran-saluran seperti. Kalau tiba-tiba berita disiarkan, cepat-cepat akan ditukarkan.

Berbalik kepada kempen alam sekitar, adakah ia memberi kesan? Adakah kita akan menjadi seperti negara-negara Eropah di mana ada yang mengharamkan penggunaan beg palstik? Adakah isu ini terlalu remeh? Bila agaknya PAS hendak menghantar memorandum tentang isu-isu alam sekitar yang juga boleh mengancam masa depan ummah? Bilakah PAS akan menghasilkan pakar-pakar alam sekitar?

Adakah isu ini terlalu remeh bagi kita? Atau kita belum lagi maju dari segi sikap dan pemikiran walaupun apa yang didakwa oleh Khir Toyo.

27 Julai 2008

blog updating..

minta maaf kerana blog ni sudah lama tak dikemaskini..
memandangkan ramai pengunjung blog ini memberi complain dgn berbagai pandangan ..mengapa tak diupdatekan blog ni, maka ana(salah seorang yg buleh access) mengambil
jln tengah tanpa melibatkan kesibukan YB Iskandar dialami sekaramg atas amanah yg diberikan padanya.
dengan ini blog ini akan dijadikan dummy pada blog YB iskandar iaitu..http://iskandar56100.blogspot.com/...
sekurangnya blog tidak la mati terbiar tanpa pembelaan..kekeke.
but if any updated decision by the owner of this blog,i'll tell you..

Terima Kasih...

Monday, March 24, 2008

LANTIKKAN EXCO SELANGOR

ALHAMDULILAH...
PORFOLIO...Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan.



SEMOGA DIBERI KECEKALAN ,KEKUATAN DAN KETABAHAN AGAR SEGALA HARAPAN RAKYAT DAPAT DI PENUHI ..ANGGAP LAH KURNIAAN INI SEBAGAI UJIAN UTK KEJAYAAN HARI MENDATANG...wasalam.

Sunday, March 9, 2008

Alhamdulilah dan Tahniah diucapkan


Alhamdulilah ....Tahniah diucapkan pada YB Iskandar A.Samad kerana memenangi kerusi untuk DUN21 Chempaka.Moga satu kelainan yg akan dibawa oleh YB baru kita di dun chempaka ini.
insyaALLAH...
Tahniah juga pada semua pengarah ,ajk mtd dan petugas2 di DUN21 Chemapaka keseluruhannya .semoga pengorbanan dan penat lelah kita selama ini di angkat sebagai amal jariah disisi Allah Taala.InsyaALLAH

"masa kedepan masa utk tunaikan janjji..mana janjji yg termampu ,tunaikan segara.
tunjukkan kita mampu membawa keselesaan,kesejahteraan dan keselamatan pada rakyat.
Buktikan bahawasanya pengundi semua telah membuat undian dan pilihan tepat kali ini"-sutnan

Friday, March 7, 2008

WALK ABOUT IN PANDAN JAYA





BN Selangor risau hilang 13 kerusi

Nash Rahman Mar 6, 08 6:46pm

Barisan Nasional (BN) berdepan risiko kehilangan empat kerusi parlimen dan sembilan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihanraya umum ini.

Parti itu menjangka terlepas kerusi parlimen Kapar, Petaling Jaya Utara (PJU), Pandan dan Serdang.

Kerusi-kerusi DUN pula: Meru, Gombak Setia, Cempaka, Batu Caves, Kinrara, Damansara Utama dan Pandamaran.Dua lagi kerusi yang dipertahankan DAP, Sekincan dan Sungai Pinang, dijangka gagal dirampas BN.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Khir Toyo, pada hari penamaan calon, berkata selain dua kerusi DAP ini, enam lagi kerusi dianggap panas. Kerusi-kerusi itu termasuklah Teratai, Bangi dan Bukit Gasing.

Selangor mempunyai 22 kerusi parlimen dan 56 DUN. Sumber-sumber yang rapat dengan BN Selangor berkata, angka ini berdasarkan kepada penilaian terbaru.

Malah, katanya, BN juga yakin memenangi kerusi-kerusi lain tetapi dengan majoriti yang merosot.

"Persaingan kali ini tidak sepanas pilihanraya umum 1999 tetapi tidak semudah 2004," katanya.

Laporan terbaru

Sehingga hari ini, Kapar masih dianggap kawasan kelabu bagi BN. Ia ditandingi calon BN-MIC P Komala Devi yang mempertahankan kerusi tersebut.Ketua Wanita MIC itu dicabar oleh anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, S Manikavasagam.

Laporan terbaru menunjukkan persaingan cukup sengit.Kerusi itu mempunyai seramai 112,224 pengundi dengan 51.5 peratus Melayu, Cina (35.4%) dan India (13%).

Komala mendapat majoriti 14,588 undi pada 2004, apabila calon PKR Ang Hiok Gai memperolehi 29,419 undi.

Terdapat empat kerusi negeri di Kapar: Meru, Sungai Pinang, Sementa dan Selat Klang.Meru merupakan kerusi panas yang dijangka terlepas ke tangan pembangkang.

Manakala Sungai Pinang merupakan kubu kuat DAP dan masih kebal untuk ditembusi BN kali ini.

Kerusi selamat Sementa dimenangi BN tanpa bertanding pada hari penamaan calon dan Selat Klang merupakan kerusi selamat untuk BN.Meru ditandingi calon Umno, Md Ghazali Amin yang berdepan dengan calon PAS, Abdul Rani Osman.

Menurut sumber-sumber, masalah utama di situ ialah pertukaran calon yang dibantah oleh sebahagian ahli Umno bahagian tersebut.

Pada 2004, kerusi tersebut ditandingi Datuk Jaei Ismail yang mendapat 11,850 undi untuk menewaskan calon PAS Dr Abdul Rani Osman dengan majoriti 4,099 undi.

Sumber-sumber itu menjangka, wujud undi protes dalam kalangan ahli Umno dan sekali gus akan menjejaskan prestasi BN di Kapar.

Meru mempunyai 29,745 pengundi dengan 60.4 peratus Melayu, Cina (27.5%) dan India (12%).BN juga dilaporkan menghadapi saingan hebat di palimen Petaling Jaya Utara yang dipertahankan oleh calon BN-MCA Chew Mei Fun.

Majoriti pengundi Cina

Chew, timbalan ketua wanita MCA, menghadapi cabaran hebat daripada calon DAP, Tony Pua. Parlimen itu mempunyai 76,618 pengundi dengan majoriti Cina (96.7%), Melayu (15.4%) dan India (6.4%). Sehinggga ini, jentera pilihanraya BN mengkategorikan kawasan tersebut sebagai 50-50.

Begitu juga dengan parlimen Pandan yang dipertahankan oleh naib presiden MCA, Datuk Ong Tee Keat yang dicabar calon PKR, Syed Shahir Syed Mohamud, juga presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).Pandan mempunyai 64,497 pengundi dengan majoriti seimbang antara pengundi Melayu (49.34%) dan pengundi Cina (45.4%).

Parlimen tersebut bermasalah apabila dua kerusi DUN bawahnya - Cempaka dan Teratai - berdepan perasaan tidak puas hati akibat pertukaran calon.

Saingan sengit

Umno meletakkan calon muka baru di DUN Cempaka, Nosimah Hashim, dan dicabar calon PAS, Iskandar Abdul Samad.

Kerusi tersebut dimenangi calon BN sebelum ini, Datuk Mad Aris Mad Yusof, dengan majoriti 6,010 undi untuk menewaskan calon PKR, Mohd Fauzi Yusoff. Cempaka mempunyai 33,526 undi dengan majoriti pengundi Melayu (58.4%), Cina (35.5%) dan India (5.5%).

Teratai juga diwakili muka baru dari Gerakan, Datuk Dr Lum Weng Keong, bekas exco Selangor, bagi menggantikan calon parti itu sebelumnya Yap Soo Sun yang menang dengan majoriti 2,241 undi.

Katanya, faktor pertukaran calon juga mempengaruhi kecenderungan pengundi di DUN Batu Caves dalam parlimen Gombak.

MIC meletakkan muka baru, T Mohan, untuk mempertahankan kerusi tersebut, menggantikan calon lama, V Jagarasah.Di Gombak Setia pula, calon Umno Yuszahari Mohd Yusoff menghadapi saingan hebat dari calon PAS Datuk Dr Hassan Ali yang juga pesuruhjaya PAS Selangor.

Kerusi parlimen di dua kawasan ini, Gombak, ditandingi oleh naib presiden PKR Azmin Ali berdepan Said Anuar Said Ahmad (BN).

BN juga menghadapi cabaran hebat apabila berdepan calon-calon popular DAP, Teresa Kok (Kinrara) dan Ronnie Liu (Pandamaran) serta Dr Cheah Wing Yin (Damansara Utama).

Parlimen Serdang turut dikategorikan sebagai bermasalah untuk BN ekoran pertukaran calon MCA di situ. Ia mungkin terjejas akibat undi protes.

Pada 2004 MCA memenangi kerusi tersebut melalui calonnya Datuk Yap Pian Hon, yang juga bekas naib presiden MCA, dengan majoriti 11,260 undi. Beliau digantikan muka baru Datuk Hoh Hee Lee yang akan dicabar oleh calon DAP Teo Nie Ching.

CAMPAIGN PHOTOS




Thursday, March 6, 2008

SEDUTAN DARI "ISU RAKYAT" EDISI PILIHANRAYA KE 12

Parlimen Rakyat Untuk Mempertingkatkan Kualiti Perkhidmatan MPAJ

Calon PAS bagi N.21 Chempaka, Iskandar A. Samad (gambar bawah) mencadangkan diwujudkan Parlimen Rakyat untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Beliau mencadangkan agar diadakan satu perhimpunan bulanan di mana ahli-ahli majlis MPAJ akan bertemu penduduk di Ampang Jaya.
Menurutnya, di dalam perhimpunan yang terbuka kepada setiap penduduk di bawah tadbir MPAJ, ahli-ahli majlis mesti menjawab persoalan-persoalan yang dikemukakan oleh penduduk.

Iskandar berkata, MPAJ telah dilaporkan oleh banyak akhbar sebagai penguasa tempatan yang paling bermasalah di Selangor dan beliau berpendapat ianya adalah akibat campurtangan politik.
”Hari terbuka MPAJ di mana penduduk dapat bertemu pegawai-pegawai MPAJ adalah tidak begitu berkesan kerana kadang kala ahli-ahli majlis yang merupakan pimpinan parti-parti politik Barisan Nasional adalah lebih berkuasa”, tambah Iskandar.

”Saya berharap dengan adanya perhimpunan ini maka akan dapat diwujudkan ketelusan”, kata Iskandar lagi.

Mengulas tentang perkhidmatan yang buruk diterima oleh penduduk, beliau berkata kontraktor-kontraktor MPAJ hendaklah dilantik berdasarkan kewibawaan mereka bukan kerana hubungan mereka dengan pemimpin politik.

”Kita kadang-kala melepaskan geram kepada kakitangan-kakitangan MPAJ tetapi yang sebenarnya berkuasa adalah pemimpin-pemimpin politik”, tambah Iskandar.

Menangani Masalah Jenayah Di DUN Chempaka Perlu Pendekatan Baru

Calon PAS bagi N.21 Chempaka berpendapat pihak polis perlu mewujudkan hubungan dua hala dengan masyarakat.

Iskandar A. Samad mahu anggota polis juga melakukan rondaan berjalan kaki dan bukan sekadar menggunakan kereta peronda. Beliau juga menggesa anggota polis lebih mesra dan mengenali penduduk di mana mereka meronda.

Menurutnya, adalah lebih mudah bagi mereka untuk mengesan jenayah-jenayah seperti pecah rumah dan ragut sekiranya mereka mengenali setiap penduduk. Mereka sudah tentu akan dapat mengesan perkara-perkara yang mencurigakan jika mereka telah menjadi sebahagian dari masyarakat.

Beliau juga mahu setiap taman atau lokaliti diperuntukkan sekurang-kurangnya seorang anggota polis yang akan bertanggunjawab akan taman atau lokaliti tersebut.

Mereka hendaklah mewujudkan hubungan dua hala dengan penduduk di situ. Mereka juga perlu terlibat dengan aktiviti-aktiviti penduduk seperti program-program kemasyarakatan tanpa mengira fahaman politik penduduk.

Di Britain yang melaksanakan konsep ini yang dikenali sebagai “community policing”, terdapat penduduk yang menjemput polis yang meronda berjalan kaki untuk minum teh bersama mereka.

Ianya juga dapat mengelakkan sebarang amalan yang tidak diingini seperti rasuah kerana anggota polis yang meronda dikenali oleh penduduk.

Iskandar juga memberitahu beliau pernah bertemu dengan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya beberapa tahun lepas dan diberitahu pihak polis kekurangan anggota.

Menurut Iskandar, nisbah anggota polis kepada penduduk yang dicadangkan oleh Interpol adalah 1:250, di Singapura nisbahnya adalah 1:295, Thailand 1:228 dan India 1:728 tetapi di Malaysia adalah 1:1573.

”Saya bersimpati dengan pihak polis yang mempunyai beban kerja yang berlebihan dan berharap agar kekayaan negara digunakan untuk menjamin keselamatan rakyat dan bukan untuk menjadikan para kroni kaya raya”, kata Iskandar.

Masalah Tikus Di Taman Dagang

Kesihatan penduduk rumah pangsa Taman Dagang adalah terancam akibat dari masalah tikus di sana.

Menurut mereka, terdapat ratusan jika tidak ribuan ekor tikus yang bersarang di bawah bangunan. Pada lazimnya, tikus-tikus itu akan keluar di waktu malam tetapi terdapat yang berkeliaran di siang hari malah ditakuti oleh kucing-kucing di taman itu.

Di dalam tinjauan Calon N.21 Cempaka, Iskandar A. Samad ke taman itu mendapati terdapat banyak sumber-sumber makanan seperti di dalam longkang yang mungkin telah menggalakkan pembiakan tikus-tikus itu.

Iskandar berharap selain dari operasi besar-besaran untuk menghapuskan makhluk perosak itu, beliau juga mahu tahap penyelenggaraan taman itu dipertingkatkan.

Menurutnya, pertandingan menangkap tikus yang pernah dianjurkan itu tidak akan menyelesaikan masalah penduduk untuk jangkapanjang.

Bantahan Mewajibkan Penduduk Membeli Tong Sampah Seragam Satu Kejayaan Bagi Iskandar

Kejayaan bantahan terhadap arahan MPAJ agar penduduk membeli tong sampah yang seragam merupakan di antara kejayaan besar Iskandar A. Samad, calon PAS bagi N.21 Chempaka.

Beliau yang memimpin Jawatankuasa Bertindak Warga Prihatin Ampang Jaya telah mencabar arahan MPAJ untuk mewajibkan penduduk membeli tong-tong sampah MGB120 dan MGB 240 yang berharga di antara RM150 dan RM240 yang akan membebankan rakyat.

Arahan yang sepatutnya dikuatkuasakan pada 1 Jun 2006 telah ditarikbalik setelah kempen yang dijalankan melalui media dan pungutan tandatangan.

Pasar Di Pandan Indah

”Kami mahu pasar yang kekal”, begitulah permintaan ramai penduduk Pandan Indah ketika bertemu dengan calon PAS bagi N.21 Chempaka, Iskandar A. Samad.

Menurut mereka, terdapat pasar kekal di Ampang Tasik, Pandan Jaya dan Taman Nirwana tetapi hanya sebuah pasar sementara di tempat letak kereta stesyen LRT Pandan Indah.

Oleh itu, Iskandar berharap agar permintaan penduduk itu dapat dipenuhi oleh pihak yang bertanggung jawab.

Perpustakaan Komuniti Untuk Ampang Jaya

Calon PAS bagi N.21 Cempaka, Iskandar A. Samad mencadangkan satu perpustakaan komuniti dibina untuk kawasan yang ditadbir oleh MPAJ.

Menurutnya perpustakaan komuniti selain dari tempat penduduk merujuk atau meminjam buku ianya juga boleh dijadikan pusat bagi aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Pelajar-pelajar juga boleh menggunakannya untuk mengulangkaji.
,
Beliau yakin perpustakaan itu dapat menyuburkan budaya ilmu di kalangan para remaja dan menjauhkan mereka dari aktiviti yang kurang sihat.

Iskandar berkata, penduduk seluruh Ampang Jaya adalah lebih kurang 500,000 orang dan menurut piawaian antarbangsa, bagi setiap 1,000 orang penduduk perlu diperuntukkan ruang 300 kaki persegi maka anggaran kosnya adalah RM30 juta.

”Perpustakaan komuniti Petaling Jaya adalah satu contoh perpustakaan komuniti yang perlu ada di Ampang Jaya”, tambah Iskandar.

Jejantas Ke Padang Perbandaran Ampang Jaya

Calon PAS bagi N.21 berharap MPAJ dapat membina sebuah jejantas menghubungi taman perumahan di sebelah Balai Bomba Pandan Indah dan Padang Perbandaran Ampang Jaya.

Satu surat permohonan telah dihantar kepada MPAJ pada bulan Disember lepas dan satu sidang akhbar telah dipanggil oleh beliau. Walau bagaimanapun hingga ke hari ini, MPAJ belum lagi menjawab surat beliau.

Beliau berharap lintasan lampu isyarat dapat disediakan sementara menunggu jejantas dibina kerana setakat ini 3 orang penduduk tempatan, termasuk 2 orang kanak-kanak, telah dilanggar kereta.

Sampah Tidak Diangkat Dan Penduduk Dirompak

Penduduk Taman Chempaka di dalam satu dialog dengan calon PAS bagi N.21 Iskandar A. Samad pada 2 Mac lepas, memberitahu bahawa sampah di taman mereka tidak diangkat sehingga berulat.

Mereka menyatakan rasa tidak puas hati terhadap kontraktor yang dilantik oleh MPAJ dan berharap calon PAS itu dapat membantu mereka. Iskandar kemudian berjanji akan melaporkan perkara itu.

Penduduk Dirompak

Sehubungan itu, seorang penduduk Taman Chempaka mengadu telah dirompak pada 11 Februari lepas tetapi sehingga kini tiada sebarang dakwaan walaupun satu laporan polis telah dibuat.

Mangsa, Mastura binti Abdul Jabbar, telah diserang dan dirompak ketika sedang berada di dalam kereta di Jalan Chempaka 17.

Beliau hairan kenapa tidak ada sebarang dakwaan kerana penyerang itu telah dikenalpasti dan dia telah sekali lagi melakukan satu rompakan pada 23 Februari lepas di Jalan Chempaka 6.

Menurut Iskandar, ini bukan kali pertama perkara sedemikian telah berlaku. Pada 28 September tahun lepas, Naib Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan, Sdra. Suhaimi Ghazali telah dipukul di Kg. Pandan. Satu laporan polis telah dibuat pada keesokan harinya tetapi hingga ke hari ini belum ada sebarang dakwaan dan penyerang yang kenali ramai sebagai ”Orang Kuat Datuk” masih bebas..

”Saya amat bimbang apabila terdapat campurtangan politik di dalam penguatkuasaan undang-undang kerana keselamatan rakyat tidak akan lagi terjamin”, kata Iskandar.

Wujudkan Balai Belajar Di Semua Rumah Pangsa

Calon PAS bagi N.21 Chempaka, Iskandar Abdul Samad, mahu setiap kawasan perumahan rumah pangsa disediakan balai belajar untuk pelajar-pelajar mengulangkaji atau membuat kerja rumah.

Menurut beliau, saiz rumah pangsa yang kecil lebih kurang 600 kaki persegi kadang kala tidak begitu selesa bagi pelajar-pelajar untuk belajar.
Katanya, pelajaran amat penting dan berharap balai-balai belajar dapat diwujudkan untuk kepentingan generasi muda.

”Kita hanya melihat balai dan dewan milik parti-parti poltik seperti UMNO dibina di atas tanah-tanah awam milik rakyat maka saya berharap agar kepentingan politik diketepikan dan kita memikirkan masa depan anak-anak kita”, nasihat Iskandar.

PAS Berkhidmat Kepada Rakyat Sepanjang Masa

PAS Kawasan Pandan sentiasa menabur bakti kepada rakyat sepanjang masa tanpa mengira musim pilihanraya atau tidak.

Iskandar Abdul Samad, Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan yang juga calon PAS bagi N.21 Chempaka memberitahu PAS mempunyai sebuah pusat khidmat masyarakat di Kg. Pandan Dalam yang telah dibuka sejak bulan Mac 2006.

Pusat ini menerima aduan dari orang ramai dan menyalurkannya kepada pihak-pihak yang bertanggung jawab. Selain dari itu, ia turut menawarkan khidmat nasihat guaman, kursus-kursus motivasi dan rawatan perubatan Syifa’ serta menganjurkan hari-hari kesihatan.

Menurutnya, PAS telah juga membeli sebuah premis di Taman Angsana Hilir pada akhir tahun lepas untuk dijadikan cawangan kepada pusat itu..

Kg. Pandan Bakal Pupus?

Menurut calon PAS bagi N.21 Chempaka, Iskandar Abdul Samad, kedudukan Kg. Pandan yang begitu strategik akan menjadikannya sasaran kepada pemaju-pemaju hartanah.

Lokasinya di tepi Jalan Lingkaran Tengah II (MRR2) dan hanya setengah jam dari pusat bandaraya Kuala Lumpur membuatnya paling sesuai untuk pembangunan kediaman mewah, kata Iskandar yang pernah terlibat di dalam projek-projek mega di Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Terdapat beberapa projek perumahan bernilai tinggi di sekitar Kampung Pandan dan ada yang dipasarkan kepada warga asing seperti dari Korea Selatan, tambah Iskandar lagi.

Iskandar berpendapat dengan siapnya terowong SMART, Kg. Pandan telah menjadi lebih hampir kepada Lebuhraya Utara-Selatan dan akan menjadi sasaran kepada pelabur-pelabur dari Singapura kerana ia hanya 3 jam perjalanan dari republik itu.

Walaupun pajakan tanah-tanah di Kg. Pandan berbaki lebih kurang 70 tetapi pengambilan tanah di Malaysia seperti di Kerpan sering berlaku.

Oleh itu, Iskandar berharap penduduk dianugerahkan geran kekal (freehold title) sebagai jaminan tanah mereka tidak akan diambil alih.

Selain dari itu beliau juga mahu kerajaan memberikan kemudahan pinjaman tanpa faedah kepada penduduk yang mahu menaiktaraf kediaman mereka kerana terdapat banyak rumah-rumah di kampung itu yang perlu dibaikpulih.

Papan Iklan Gergasi Di MRR2

Calon PAS bagi N.21, Iskandar A. Samad mahu MPAJ mengkaji balik lesen-lesen yang diberi untuk papan-papan tanda gergasi sepanjang Jalan Lingkaran Tengah (MRR2).

Menurutnya, pada awal tahun lepas sebuah papantanda telah tumbang dan pihak MPAJ mengesahkan ianya dibina tanpa kebenaran.

Di dalam satu sidang akhbar pada bulan Januari lepas, Iskandar telah menyarankan MPAJ melakukan siasatan terperinci terhadap semua papan iklan.

”Ada yang terbengkalai dan ada yang dibina terlalu dekat dengan kawasan sekolah yang boleh membahayakan pelajar-pelajar”, kata Iskandar.

UMNO AKAN CETUS HURU-HARA SEBELUM MENGUNDI?

Pihak kami telah mendapat salinan buku panduan “TAKLIMAT KHAS JENTERA PILIHANRAYA PARLIMEN PERMATANG PAUH” bertarikh 16 Februari 2008.

Di dalam tugas “GERAK GEMPUR KHAS” (dilampirkan) arahan kepada petugas-petugas UMNO adalah :-

1. Menimbulkan kekacauan / pergaduhan sesama sendiri di Kawasan (yang akan diberitahu kelak).
2. Berkumpul di padang sekolah SKPTK untuk mendapat bekalan T-shirt dan bendera pembangkang ( hanya dikibar semasa di atas jalan raya ).

Walaupun arahan ini adalah untuk petugas UMNO Permatang Pauh tetapi kami bimbang perkara yang sama akan dilakukan oleh UMNO / Barisan Nasional di kawasan kami bertanding (DUN Chempaka, Selangor Darul Ehsan).

Oleh itu, kami berharap :-

1. Pihak berkuasa akan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk memastikan perancangan jahat ini gagal walaupun di dalam banyak perkara mereka kelihatan menyebelahi pihak UMNO / Barisan Nasional.
2. Menangkap dan mendakwa mereka yang bertanggungjawab.
3. Para pengundi menyedari akan niat jahat pihak UMNO / Barisan Nasional dan menolak mereka pada 8 Mac ini.

Pendedahan ini dibuat semata-mata untuk memastikan keamanan dan kesejahteraan di negara kita tidak diganggu gugat oleh mereka yang tidak bertanggungjawab itu.

ISKANDAR A. SAMAD
CALON PAS N.21 CHEMPAKA
7 Mac 2008
019-298 9835
pas_pandan@yahoo.com

Wednesday, March 5, 2008

DATO' HASSAN ALI'S CERAMAH IN CHEMPAKA

Date - 6 Mac 2008 ( Thursday )

Time - 9.30 p.m.

Place - Padang Awam Pandan Jaya ( Beside the UMNO Pandan HQ built on the land stolen from the rakyat )

Also appearing - Iskandar A. Samad ( PAS candidate for Chempaka state seat ) & Tuan Syed Shahir Syed Mohamud ( KeADILan's candidate of Pandan parliamentary seat )

FLASBACK - THE "TONG SAMPAH" PROTEST.


In 2006, the MPAJ issued a directive to the residents of Ampang Jaya informing them that from 1st June that year they must use either the MGB120 or the MGB240 rubbish bin failing which their rubbish would not be collected. The cost of these bins was between RM150 to RM240.

To PAS, this instruction was unfair and burdening. It would be a burden for the residents especially the low income earners to buy this so-called "Tong Sampah MPAJ". Just imagine a security guard with a take home pay of RM800 needing to spend almost 20% of his or her salary to buy the bin!

A campaign was then launched by Saudara Iskandar A. Samad through the Ampang Jaya Concerned Citizens Group to challenge this new regulation. Signatures were collected and the press was approached.

As a result of these efforts, the MPAJ had a changed of heart. This new regulation was shelved altogether! Thank you Saudara Iskandar. Thank you PAS.


Tuesday, March 4, 2008

A permanent wet market for Pandan Indah

During my walkabout at the temporary wet market near the Pandan Indah LRT's car park last Saturday, I was informed by a trader that there is no permanent wet market in Pandan Indah.

True, the nearest wet market is in Pandan Jaya, across the MRR2. There is another in Taman Nirwana's Kompleks Muhibbah, another one in Taman Muda and another one in Ampang Tasik.

Maybe it is high time that we have a proper permanent market in Pandan Indah. People living in the flats near Surau Taqwa, around the MPAJ Tower and behind the Dewan MPAJ now do their marketing as far away as Pudu.

Although the goods maybe cheaper in Pudu but to those with no transport e.g. housewives, there must be a market for them in the heart of Pandan Indah.

Whether I win or loose this election, a market for Pandan Indah would be on top of my agenda.

Iskandar A. Samad
4 March 2008

Saturday, March 1, 2008

FLASHBACK : REQUESTING A PEDESTRIAN BRIDGE FOR THE RESIDENTS OF PANDAN INDAH - 20TH. DECEMBER 2007.


28TH. FEBRUARY 2008

Walkabout in Pandan Indah, meeting voters.

Iskandar celebrates his 47th birthday at the Pandan Indah pasar malam with election workers and supporters.

Monday, February 25, 2008

NOMINATION DAY IN PANDAN - 24 FEBRUARY 2008.

The candidates in Pandan ( from left ), Iskandar Abdul Samad - PAS ( Chempaka State seat ), Tuan Syed Shahir Syed Mohamud - KeADILan ( Pandan Parliamentary seat ) and Jenice Lee Ying Ha - DAP ( Teratai State seat ).

Saturday, February 23, 2008

PAS WINS CHEMPAKA!

At 4.00 a.m. this morning (9th. March 2008), Returning Officer, Abdul Hamid Hussin, confirmed at the Dewan MPAJ Pandan Indah that PAS had wrested the Chempaka state seat from BN.

PAS' Iskandar A. Samad received 12,510 while Norshimah Hashim of UMNO representing BN ganered 11,492 i.e. a majority of 1,104.

PAS had won handsomely in mixed areas like Pandan Jaya, Pandan Indah and even the almost 100% Chinese Kg. Baru Ampang thus confirming the fact that PAS has now been accepted by Malaysians of all races.

Iskandar in a statement pledged that he will be the wakil rakyat for all Malaysians irrespective of race abd religion.

He also hoped that there will be a spirit of reconcilliation and cooperation whereby the people of Chempaka and Pandan as a whole would unite and together strive for a better Chempaka and Pandan.

He would like to thank the EC, MPAJ, Police and other government agencies for conducting a smooth and peaceful election in Pandan.

9th March 2008

PAS WINS CEMPAKA!

At 4.00 a.m. this morning, it was officially announced by the Returning Officer, Abdul Hamid Hussein, at the Dewan MPAJ Pandan Indah that PAS had wrested the Chempaka state seat from BN (UMNO).

Iskandar Abdul Samad polled 12,5++ votes compared to Norsimah Hashim 11,4++.

PAS won handsomely in mixed areas like Pandan Jaya, Pandan Indah and Pandan Mewah thus confirming the fact that PAS has been accepted by Malaysian of all races.

9 March 2009

APPLICATION TO HOLD CERAMAH INSIDE IPK AMPANG JAYA REJECTED!

It is very regrettable that the Ampang Jaya OCPD had refused me the permission to address the police personnel at the IBU PEJABAT POLIS DAERAH AMPANG JAYA and the BALAI POLIS PANDAN INDAH.

In a verbal reply to our application to hold a small CERAMAH at the two places, ACP Abdul Jalil Hasan informed my election agent, HAJI MEOR RITHUAN MOHD. SAID, on 28th February 2008 that he had received orders from his superior ( maybe the Selangor Police Chief or even the IGP ) to turn down my request. No reason whatsoever was given why the permission was not given.

The personnel although are postal voters are registered voters. They must be given the right to listen to the arguments of all parties. At moment, they are only exposed to the BN’s side of the story through the BN’s television and radio propagandas.

PAS and other opposition parties must be given the right to conduct CERAMAH inside the police stations as no policeman nor policewoman would dare to attend ( or harass ) an opposition’s CERAMAH unless those instructed to monitor the event.

Iskandar A. Samad
1 Mac 2008

ISKANDAR A. SAMAD - THE PAS' CANDIDATE FOR N.21 CHEMPAKA!


Fast Facts

Umur : 47 tahun

Dibesarkan : Kg. Baru, Petaling Jaya dan Taman Seri Keramat.

Status : Berkahwin dengan satu isteri

Jumlah anak : 6 ( 5 lelaki dan 1 perempuan )

Pekerjaan : Arkitek Residen

Pendidikan :
Sekolah Rendah – Sekolah Seri Petaling, Petaling Jaya, Selangor.
Sekolah Menengah – Malay College, Kuala Kangsar, Perak.
A-Levels – Southampton, United Kingdom.
Ijazah – Humberside, United Kingdom. ( BA Architecture & Postgraduate Diploma In Architecture)

Penglibatan Kesatuan Pelajar :
Wakil Pelajar Ke Jawatankuasa Kursus, Humberside, United Kingdom.
Bendahari Kebangsaan, Kesatuan Melayu United Kingdom.
Pengerusi, Kesatuan Melayu United Kigdom Cawangan Midlands yang merangkumi bandar-bandar Birmingham, Nottingham, Sheffield, Derby, Bradford, Loughborough, Hull dan Grimsby.
Setiausaha, Malaysian Architectural Students Society of Hull.

Pengalaman Kerja / Projek-Projek Utama Terlibat :
Palmer Partnership, Enfield, United Kingdom
Pensyarah Senbina Perancangan & Ukur ITM ( UiTM ), Shah Alam.
Projek Universiti Utara Malaysia, Sintok, Kedah.
Projek Taman Teknologi Malaysia, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Projek Universiti Islam Antarabangsa, Gombak, Kuala Lumpur.
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani, Putrajaya.
Kompleks Perbadanan Putrajaya, Putrajaya.

Mula menyertai PAS : 1991

Jawatan di dalam PAS :
Setiauasaha PAS Cawangan AU2, Ampang Jaya : 1991 - 1993
Ketua PAS Cawangan AU2, Ampang Jaya : 1993
Setiausaha PAS Kawasan Ampang Jaya : 1993 - 2001
Setiausaha Biro Perumahan & Alam Sekitar PAS Pusat : 1997 - 1999
Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Ampang Jaya : 2001 - 2003
Pengerusi Biro Pekerja & Peneroka Bandar PAS Negeri Selangor : 2001 - 2003
Yang Di Pertua PAS Kawasan Pandan : 2003 hingga sekarang.
Pengerusi Biro Kebajikan & Kemasyarakatan PAS Negeri Selangor : 2005 – 2007
AJK Biro Pengguna & Alam Sekitar PAS Pusat : 2005 - 2007
Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri Selangor : 2007 hingga sekarang

Aktiviti Kemasyarakatan :
Ketua Penyelaras Jawatankuasa Bertindak Warga Prihatin Ampang Jaya.
Pengerusi Persatuan Khidmat Masyarakat ’Ilmi Keramat / Ampang : 1998 hingga sekarang.
Pengarah Pusat Khidmat Masyarakat Pandan : 2006 hingga sekarang.

Penyertaan Pilihanraya Umum :
1999 – Calon DUN Lembah Jaya
2004 – Calon Parlimen Pandan

Tuesday, February 19, 2008

IMAGES OF A PAS' FUNCTION IN PANDAN INDAH BEING HARASSED BY THE POLICE.

"Jangan datang dekat, kalau tidak kami ambil gambar kamu" (Don't come near or we'll photograph you) - Maybe that was what this SB was thinking. A police photographer in action. Things they do just to please UMNO!

What a waste of petrol? Why don't they go and catch some Alongs! What about the killer of Nurul Jazlyn? So much money and time spent to shadow the opposition parties, "SO WHERE GOT TIME TO CATCH THE CRIMINALS".

The Pandan Indah KETUA BALAI taking down the names of the VIP attending the function. Would they do this in an UMNO function. "WITH PAS, THEIR SO LANSI MAA". So if people don't respect the cops anymore, I don't blame them. They have become a mere tool of UMNO.

"Jangan datanglah, itu PAS punya program, nanti kami tangkap" (DON'T COME NEAR, THAT IS A PAS' PROGRAMME, OR WE WILL ARREST YOU) - Could that be the message to the residents wanting to attend the function on 27th January 2008.

FLASHBACK - TEA WITH THE DEPUTY PRESIDENT, USTAZ NASHARUDDIN MAT ISA, AT THE PANDAN INDAH TOWN PARK - 30TH DECEMBER 2008







THE ORANG UTAN WEARS A BACKYARD ROLEX

I was really shocked today when watching the 8 o’clock TV3 news.

As usual that man that used to be the Minister of Information (remember the Parliament has already been dissolved …… maybe a caretaker Minister of Information or Disinformation depending on which side of the fence you are) was at his usual self, hammering PAS like a man possessed. But this was not unusual, it did not shock me. A cow would eat grass, you won’t be shocked seeing a cow munching grass by the roadside.

What really shocked me was that he was talking (or shouting) at an event called “MAJLIS PENERANGAN PILIHANRAYA KEMENTERIAN PENERANGAN”, an official government’s function, not a BN function. This means that the air-con, lighting, carpets, seats and maybe food & drinks were being paid by the RAKYAT.

Can you do that? Using the RAKYAT’s money to HENTAM the RAKYAT, PAS members are part of the RAKYAT too.

Last Friday the MB, here I go again ….. caretaker MB, of Selangor was on Radio Selangor explicitly asking the voters in Sekichan where DAP won the state seat or ADUN in 2004 ( he was talking at the PELANCARAN KELUARGA BESTARI SEKICHAN ) to vote for the BN on the 8th of March.

Again my question is, “Can you do that?”. RTM is being funded by taxpayers’ money which include the party members of the oppositions. So can you use “DUIT RAKYAT” to HENTAM the RAKYAT?

So this is one Minister, oops Ex-Minister, and a caretaker MB that have no respect for the law. I wonder what law they understand. Maybe the law of the jungle? So why all this fuss about the ORANG UTAN?

My main concern is that the ORANG UTAN would protest for equating them with that you know who. I’ve seen a lot of documentaries and films about ORANG UTANS, they may look vicious but I am sure they respect each other.

Maybe I’ve had a bout of amnesia, I should have realised Malaysia is not a democracy. It is just a pseudo-democracy. To compare Malaysia with any real democracy, Indonesia and Thailand are much more advanced in terms democratic rights, is like comparing a genuine Rolex with an imitation Petaling Street’s Rolex. Our democracy is just a backyard Rolex ….

Iskandar A. Samad
19 February 2008

AWAS PERANCANGAN JAHAT HALANG BA BERTANDING.....

Azamin Amin Tue Feb 19, 08 9:21:36 am MYT

KUALA LUMPUR, 19 Feb (Hrkh) - Terdapat perancangan 'jahat' pihak tertentu untuk menghalang parti pembangkang khususnya PAS bertanding di kawasan Parlimen Pandan, Selangor pada pilihan raya umum ke-12.

Yang Dipertua PAS Kawasan Pandan Iskandar Abdul Samad mendakwa ada ura-ura bakal-bakal calon dan pimpinan parti-parti bukan Barisan Nasional (BN) akan ditahan sebelum hari penamaan calon pada 24 Februari supaya BN dapat meraih kejayaan dengan menang tanpa bertanding.

"Walaupun desas-desus, kita mengambil perhatian serius tentang dakwaan tersebut," katanya dalam satu kenyataan media yang difaksmilikan kepada Harakahdaily semalam.

Katanya, perkembangan beberapa insiden di Pandan telah mendorong PAS untuk berwaspada dan menggesa supaya pihak-pihak tidak bertanggungjawab melupakan perancangan jahat untuk menjatuhkan PAS dalam pilihan raya akan datang.

Antara insidennya ialah pada 26 Januari lalu, seorang anggota cawangan khas Balai Polis Daerah Ampang telah menyusup masuk dalam konvensyen PAS manakala keesokannya pihak polis yang menggalas 'machine gun' didakwa telah cuba menakut-nakutkan tetamu yang hadir di majlis minum teh bersama masyarakat India di Pandan Indah.

Selain itu pihak polis didakwa telah mengganggu Pesuruhjaya PAS Selangor, Dato' Dr Hasan Ali berucap pada lawatan ke Kampung Pandan yang diadakan di rumah ahli PAS 29 Januari lalu.

"Pada 16 Februari lalu, polis telah cuba mmeberhentikan program solat hajat dan munajat kami di Pandan Indah," katanya.

Katanya, provokasi polis itu tidak boleh dijadikan alasan perundangan memandangkan program-program Umno seperti Majlis Mesra Rakyat ADUN Chempaka pada 10 Februari lalu tidak diganggu padahal diadakan di padang awam.

"Kita seru supaya semua pihak bertindak secara bertamadun dan berfikiran waras untuk menghormati demokrasi di negara ini.

"Jika perlu, kita akan mengadap Sultan Selangor supaya baginda dapat memastikan agar demokrasi di Selangor ini tidak dicemari,"tegasnya.

Beliau tidak mahu insiden 28 September lalu berulang lagi iaitu Naib Yang Dipertua PAS telah dibelasah di Kampung Pandan.Walaupun laporan polis telah dibuat sehingga kini penyerang terbabit belum didakwa sama sekali.

"Nyawa pimpinan PAS terancam jika pihak-pihak tidak bertanggungjawab dan pengancam ini terlepas daripada undang-undang," katanya. - mks.